“Kami bergerak sendirian. Kami hidup sendirian. Kami memperoleh senjata sendiri. Kami tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan,” kata Ahmad Salman Abdul Rahim, 38, yang sebelum ini terlibat dalam perniagaan pembuatan filem dan pernah melanjutkan pelajaran di London dari 1997-2008 sebelum menjadi seorang pejuang jihad.
Walaupun terdapat laporan yang mengaitkan militan warga Malaysia mempunyai kaitan dengan kumpulan tertentu seperti al-Qaeda dan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil), dia menegaskan bahawa mereka berjuang secara bebas.
Ahmad Salman menganggap dirinya sebagai seorang ‘pejuang jihad bebas,
dan mendakwa dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana jaringan
pengganas di Malaysia atau di luar negara.
“Saya tidak begitu kenal dengan Isil atau kumpulan mujahiddeen lain. Saya tidak ingin terlibat dalam perjuangan mereka. Saya tahu kaedah perjuangan mereka adakalanya agak melampau dan saya tidak bersetuju dengan mereka,” katanya ketika ditemubual melalui Facebook.
Ahmad Salman, bersama dengan Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, adalah sebahagian daripada pejuang jihad dari Malaysia yang berjuang di luar negara.
Sebelum ini Lotfi memberitahu bahawa dia bukanlah sebahagian daripada rangkaian Isil namun berkata berada di Syria semata-mata untuk berjuang “di jalan Allah” dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.
Kedua-dua mereka merupakan pengguna aktif Facebook dan sentiasa mengemaskini aktiviti-aktiviti mereka di laman sosial itu.
Posting mereka mendapat perhatain ramai rakyat Malaysia yang berkongsi idea yang sama.
Ditanya bagaimana rakyat Malaysia di sana menghadapi bulan Ramadan, Ahmad Salman berkata mereka tidak merasa penat walaupun terpaksa berperang.
“Syukurlah, kita tidak berasa letih atau dahaga walaupun berpuasa 16 jam sehari di bawah suhu sehingga 40°C,” katanya.
Ahmad Salman, yang dilahirkan di Parit Buntar adalah salah salah seorang daripada anggaran seramai 100 pejuang jihad Malaysia di Syria.
Ahmad Salman percaya dia ‘menjawab panggilan dari Allah’ untuk mempertahankan Islam terhadap kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuhnya.
Menurutnya, mereka tidak berniat untuk mengganas atau membunuh orang yang tidak bersalah tetapi berada di sana semata-mata untuk mempertahankan saudara sesama Islam yang sedang ditindas oleh angkatan tentera Presiden Syria, Bashar Assad.
“Niat saya adalah untuk mempertahankan saudara Muslim yang sedang diseksa, dirogol dan disembelih. Saya bukan di sini untuk mengganas dan membunuh tetapi untuk melindungi agama saya terhadap kecaman secara berleluasa dari musuh,” katanya.
Katanya jalan yang dipilih itu membawanya lebih dekat kepada Tuhan. “Kehidupan saya di sini (di Syria) adalah luar biasa. Saya berasa lebih dekat dengan Allah. Apabila kembali ke Malaysia, saya mudah terpengaruh untuk melakukan dosa, mengabaikan solat dan tidak membaca Al-Quran,” katanya.
Ahmad Salman berkata dia sebelum ini pernah mengembara ke Myanmar untuk membantu umamt Islam Rohingya.
Dia juga pernah cuba memasuki Palestin namun mendapati sukar untuk melepasi sempadan Lubnan.
“Saya mengembara ke 11 buah negara Islam yang lain sebelum sampai ke Syria.
“Akhirnya saya ditakdirkan untuk berada di Syria. Kebanyakan kumpulan mujahiddeen juga berpangkalan di sini,” katanya.
SUMBER: mStar Online
No comments:
Post a Comment