Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

Semakin Banyak Pohon Ghorqod Ditanam Israel

 LIHAT BETAPA BANYAK POKOK GHORQOD YANG SEDANG MELINDUNGI ISRAEL | Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.
Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.
“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz
Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.

Sabda Rasulullah
Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah bersabda dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.
Teks hadis itu berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”
Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran sabda Rasulullah itu?
Wallahua’lam bish-showab.





Sumber :  http://www.mazeermohamad.com/2014/04/semakin-banyak-pohon-ghorqod-ditanam.html

Monday, 14 July 2014

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Sumber :  Sukan Star .com

Sunday, 13 July 2014

Kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan

SubhanAllah...

Terdapat 6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu perperangan tersebut berlaku, jom kita ketahuinya:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!


Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !


Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".


MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.


Jangan berhenti berdoa ye sahabat..


Allahu Akbar!!!

Saturday, 12 July 2014

Aku Tak Sembahyang.. Tetapi Aku Berjaya...

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca yang dirahmati . Pasti ada tertanya2 dengan tajuk entri ini , mungkin agak kontroversi sikit , tetapi saya pasti anda mesti pernah terfikir  , kenapa orang kafir yang sememangnya tidak beriman kepada Allah swt dilimpahi kekayaan , kemewahan , ada orang islam mungkin sahabat , mahupun saudara mara kita yang tak pernah solat , kehidupan bergelumang dengan dosa , berjudi ,kaki perempuan , tapi rezeki Allah swt bagi  hidup mewah. sedangkan kita patuh kepada Allah swt , berusaha ,  tetapi hidup kita tetap susah dipenuhi dengan ujian dan dugaan Allah swt ..

Inilah yang ingin saya kongsikan untuk entri kali ini . persoalan ini jugalah pernah bermain diminda saya beberapa tahun yang lepas dan akhirnya saya menemui jawapannya apabila pernah mendengar ceramah ustaz ismail kamus mengenai persoalan ini, dan juga pernah bertanya kepada seorang ustaz mengenai persoalan ini ..

Seperti yang kita tahu,  ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

" Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku"

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, " Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?"

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu?  Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

" Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"
ALLAH menjawab,

" Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

" Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…"

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula :)

Sumber : http://redzuan-ridz.blogspot.com/2012/05/aku-tak-sembahyang-tetapi-aku-berjaya.html?m=1

Sunday, 6 July 2014

DAKWAH AHLUL SUFFAH DI ZAMAN SULTAN MURAD

Pada Zaman Pemerintahan Empayar Abbasiyyah, Sultan Murad Terasa Pada Satu Malam Perasaan Tidak Senang Hati; Maka Beliau Membuat Keputusan Untuk Keluar Dengan Ketua Pengawal Peribadinya Untuk Meninjau Hal Ehwal Masyarakat Di Kota Baghdad.

Maka Mereka Pun Bergerak Secara Sembunyi-Sembunyi Seperti Orang Awam Dan Apabila Tiba Di Penghujung Kota Baghdad, Beliau Terlihat Seseorang Yang Terbaring Di Atas Jalan Raya. Beliau Telah Mendekati Orang Tersebut Dan Mendapatinya Ia Telah Mati. Namun Orang Tempatan Seolah Tidak Peduli Pun ! Maka Sultan Murad Pun Berteriak:- Hei Apa Ini ? Mengapa Kamu Tidak Peduli Pada Si Mayat Ni ? Mana Keluarga Atau Rumah Nya ?

Maka Ada Orang Jawab, Si Mayat Ini Orang Zindiq (Fasiq Jahat) Kerana Seorang Peminum Arak Dan Pelanggan Pelacur ! Tegur Sultan Murad; Bukankah Dia Masih Umat Nabi Muhammad SAW ? Sila Tolong Angkat Jenazah Ini Kembali Ke Rumah Nya !

Apabila Sampai Ke Rumah Nya, Si Isterinya Mula Menangis. Orang Awam Yang Menolong Angkat Si Mayat Tadi Terus Meninggalkan Jenazah Dan Pulang Ke Rumah Masng-masing. Tinggal Lah Sultan Murad DiTemani Ketua Pengawal Peribadi Nya.

Si Isteri Yang Menangis Telah Berteriak Dengan Doa:- Yaa Allah, Kasihanilah Wali Allah Ini. Sesungguhnya Aku Bersaksi Bahawa Suami Ku Ini Adalah Dari Kaum Solehin ! Maka Sultan Murad Pun Menegur Si Isteri Tersebut:- Bagaimana Kamu Gelar Si Mati Seorang Wali Sedangkan Orang Ramai Menghina Dan Tidak Memperdulikan Mayat Beliau ?

Jawab Si Isteri:- Saya Sudah Sangka Akan Berlaku Sedemikian ! Suami Ku Selalu Keluar Waktu Malam Pergi Ke Kedai-kedai Arak Dan Membeli Sebanyak Mungkin Botol Arak Untuk Dibawa Balik Dan Dituang Buang Ke Dalam Tandas Rumah Kami ! Dia Berdoa Aku Telah Kurangkan Bala Arak Yang Ada Untuk Orang Islam.

Dan Dia Pergi Ke Rumah-rumah Pelacur Dan Membayar Wang Yang Cukup Menyuruh Pelacur Menutup Pintu Agar Jangan Mengambil Pelanggan Lain Pada Malam Ini ! Balik Ke Rumah, Suami Ku Akan Mengucap Syukur Kepada Allah Yang Memberi Taufik Meringankan Dosa Si Pelacur Dan Pemuda Orang Islam Yang Inggin Melanggan Malam Ini.

Namun Malang Nya Orang Awam Nampak Suami Ku Membeli Arak Dan Masuk Rumah Pelacuran; Makai Mereka Sangka Beliau Buat Jahat ! Kata Isterinya. Saya Dah Berkta Padanya : Jikalau Dia Mati Nanti, Tiada Siapa Yang Mahu Memandi, Solat Dan Kebumikan Jenazah Nya ! Namun Dia Telah Gelak Dan Jawab Balik : Jangan Takut ! Jenazah Aku Akan Disolatkan Oleh Sultan Negara Islam Ini Dengan Ulama Dan Wali-Wali Allah !

Maka Menangislah Sultan Murad Dan Berkata:- Benar Apa Yang Dikata Suami Kamu ! Aku Ialah Sultan Murad ! Esok Kami Akan Mandikan Suami Kamu Dan Solat Jenazah Serta Kebumikan Nya. Pada Keesokan Harinya, Solat Jenazah Diadakan Bersama-sama Sang Sultan Dengan Ulama Dan Pembesar Negara Serta Ribuan Orang Ramai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...