Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

Friday, 8 August 2014

Algeria berjaya menyalurkan bantuan kepada Gaza.


Mereka memberi amaran kepada Mesir supaya membuka sempadan jika tidak mahu harga gas dinaikkan sebanyak 11%. Mereka juga mengingatkan Mesir supaya berjaga-jaga dengan kumpan mafia Algeria (Mafia Algeria terkenal di peringkat dunia dan ditakuti ramai). Akhirnya Algeria berjaya dibenarkan menyalurkan bantuan bernilai £25 juta British Pound terdiri dari ubatan, makanan, doktor-doktor dan bekalan air.

*Mesir menerima tekanan pelbagai pihak kerana pendirian-pendirian mereka dilihat menyebelahi Israel berbanding Gaza.
_________
Algeria did it in style.
They forced Egypt to open its borders by threatening to increase gas price up to 11% and warned them about Algerian Mafia (Algerian mafia known as a world class mafia organization world wide). They then successfully brought aids worth £25m including medicines, foods, teams of doctors and water into Gaza.
*Egypt has been pressured incessantly from many sides over its stances which seemed bias towards Israel rather than Gaza.

Wednesday, 6 August 2014

Mujahidin Al-Qassam terperangkap dalam terowong berminggu-minggu, akhirnya berjaya keluar dengan selamat.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.


Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam. Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari.

Lubang keluar dari terowong itu telah musnah dan tertutup apabila sebuah pesawat F-16 membedilnya dengan peluru berpandu. Ini menjadikan mereka terperangkap dalam terowong dengan kedalaman 25 meter dari atas tanah.



Seorang komander berkata : "Setelah tempoh gencatan senjata bermula, pasukan bomba dan penyelamat berusaha menggali semula terowong yang telah terkambus itu, lalu kami terkejut apabila 23 orang mujahidin berjaya keluar dengan kesihatan yang cukup baik."

Salah seorang mujahidin yang berjaya keluar dengan selamat itu berkata : "Kami menjumpai sebuah air mata air dengan izin Allah dan kami meletakkan helaian baju kami agar air itu bertakung di dalam baju tersebut. Kami ada beberapa biji tamar lalu kami membahagi-bahagikannya antara kami. Setiap seorang dari kami mendapat separuh dari sebiji tamar, dan separuh gelas air yang kecil setiap hari."

Sebagai makluman, punca air di kawasan itu berada pada 90 meter dalamnya dari atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat para mujahidin itu terperangkap.

Mujahidin itu menambah lagi : "Ini adalah satu anugerah yang diberi Allah kepada kami, dan jika seluruh dunia tidak bersama kami dan para mujahidin kami, Allah ada untuk bersama kami."
Jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan.

‪#‎OperasiBadar‬
‪#‎GazaUnderAttack‬
‪#‎ICC4Israel‬

Sumber : QNN [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

Tuesday, 5 August 2014

Boikot Kfc?? - Wajib Baca...

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.




Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.




Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.


Sumber : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=41886YM

Gaza: Zionis Israel berundur sebab 497 IDF dah nak berkubur...

Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.

Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.

Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada pelbagai sudut.

“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,” katanya.

Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.

Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid.

Sementara majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.

Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.

Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia bangkit bantu Palestin, masanya sudah tiba untuk menyaksikan kejatuhan rejim Zionis lapor Sinar Harian

Friday, 25 July 2014

Hug A Terrorist...

Kanak-Kanak Ini Menyuruh Anda Memeluk Pengganas Tapi Tunggu Sehingga Anda Lihat Ke Dalam Video Ini.

Ini adalah inisiatif anak muda di Kanada. Israel mengatakan bahawa terdapat ramai pengganas di Gaza, sedangkan yang dibunuh banyaknya dari kanak-kanak dan wanita.

Keprihatinan sekumpulan anak-anak muda Kanada terhadap rakyat Palestin, membuat mereka menggunakan daya kreativiti mereka menjayakan satu projek ‘Hug A Terrorist’. Ia bertujuan mendapatkan reaksi orang ramai tentang dakwaan Israel yang mengatakan seluruh kanak-kanak Palestin ini adalah pengganas.

Idea yang kreatif yang sememangnya membawa mesej yang kuat.

Sumber : http://thevocket.com/hug-a-terrorist-video/

Saturday, 19 July 2014

Rejim Zionis akan menyaksikan saat kejatuhannya....

Saat penentuan ini bakal tiba....



Rejim penjajah Zionis yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu telah mengumumkan semalam bahawa kabinet Israel sebulat suara memutuskan untuk meneruskan serangan darat dengan memasuki Jalur Gaza.

Presiden AS, Barak Obama yang seolah-olah bertindak sebagai Ketua Polis dan Ketua Hakim Mahkamah Dunia telah menyatakan bahawa Israel berhak untuk mempertahankan 'negara mereka'.

Briged al Qassam pula menyatakan bahawa mereka akan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka pasti tidak akan membiarkan pihak musuh untuk dapat tidur dengan lena.

Beberapa penganalisa tentera menyatakan bahawa al Qassam baru menggunakan kurang daripada 20 % daripada kekuatan sebenar ketenteraan mereka dan tiada bukti bahawa kadar mereka bertempur berkurangan pada saat ini samada dari sudut peralatan mahu pun di segi sumber manusianya untuk mempertahankan Gaza.

Sejarah akan membuktikan betapa banyak kumpulan yang kecil dan kelihatan 'lebih kerdil' berjaya mengalahkan kelompok tentera yang 'kelihatan kuat'. 10 hari terakhir Ramadan kali ini akan membuktikan kembali sejarah ini.

Semoga Allah swt menurunkan bantuannya dan membantu perjuangan umat ini bagi mempertahankan kemuliaan Masjid al Aqsa dan kedaulatan bumi Anbiya ini demi masa depan umat sejagat.
Doakan yang terbaik buat umat sejagat dan agama ini.

Baca lagi :
http://www.timesofisrael.com/on-day-10-of-operation-protective-edge-truce-efforts-gather-pace-but-hamas-israel-fight-on/
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2014/07/israel-launches-gaza-ground-invasion-2014717192054899505.html
http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/israelgaza-conflict-idf-begins-ground-offensive-9613461.html
http://www.middleeasteye.net/news/hamas-gains-credibility-fighting-force-analysts-say-371780262

via Dr Zainur Rashid Zainuddin

Saturday, 12 July 2014

Apakah Panji Hitam Ufuk Timur?

Hadis Rasulullah S.A.W Berkaitan Tanda Akhir Zaman- Panji Hitam Ufuk Timur

Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan kalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:

Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:

Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:

Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:

Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW:

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW:

Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:

Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:

Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. (Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:

Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)

12. Sabda Nabi SAW:

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.

15. Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid. (Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:

Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:

Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204278872316241&set=a.1261320137395.2039432.1361444862&type=1&theater

Siapa Hassan Nasrullah sebenarnya...

Penting!

1- Ramai yang share mesej ini : "assalamualaikum.. pemimpin hzblla.. syed hasan nsrallah minta smua muslim tuk baca surah al-Baqarah ayat 26-27 dan surah yunus ayat 85,86,88 mlm ini.. tlg sebarkan.. agar israel hancur.. foward kpd sluruh umat islam.. saudara seagama telah dikepong tggu mse tuk di sembelih.. keadaan amat dasyat.. tu saje jihad kite.. mntk tlg sgt2 kpd sahabat2 sebar seramai mungkin.."

2- Untuk makluman sahabat2 yang saya cintai kerana Allah, mesej ini telah lama berlegar di alam komunikasi dahulu sebelum ia tersebar di alam maya. Ia telah wujud sejak tahun 2006. (jika tidak silap saya).

3- Suka saya tegaskan disini mesej yang menggunakan nama Hassan Nasrullah dari Hizbullah ini adalah palsu. Mana mungkin Hassan Nasrullah berakidah Syiah ini mahu memberikan sokongan kepada Muslim di Gaza Palestine.

4- Seluruh dunia menyaksikan sifat munafik mereka. Isu di Syria contohnya. Hassan Nasrullah lah yang mengarahkan ribuan tentera Hizbullah ke Syria membantu Rejim Bashar Assad. Mujahidin di Syria berjuang hingga syahid dibaham kekejaman Assad ini. Kenapa Hassan Nasrullah sanggup bantu Rejim Assad? Kerana akidah mereka sama. Berakidah Syiah.

5- Sehingga ke hari ini, tidak ada 1 kenyataan pun dibuat oleh Hassan Nasrullah menyokong saudara Semuslim di Gaza.

6- Berhati2lah mahu menyebarkan sesuatu berita. Barangkali kita rasa ia baik untuk perhatian orang lain, namun ia sebenarnya palsu. Cukuplah sekadar berkongsi kisah yang diupdate dari page yang berkredebiliti seperti Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP), HALUAN, Aqsa Syarif, Activists around the world for Palestine, Pertubuhan IKRAM Malaysia dan lain-lain.

7- Spread this.. Syukran""

Thursday, 10 July 2014

Kenapa Israil begitu takut dengan tentera Al-Qassam ?

(Apakah tentera Al-Qassam yg di maksudkan) apabila ISRAIL DALAM KETAKUTAN DIMANA BARU SEBENTAR TADI ROCKET DARI HAMAS TENTERA KOMANDO AL-QASSAM DI LANCARKAN DILETUPKAN DI KEM ISRAIL..cuba teliti surah al-isra ayat 5 seperti gambar dibawah..apakah yg di maksudkan itu adalah tentera al-qassam sehingga israil kecut dan bertempiaran(terdapat bukti video)??? 

Apakah tentera al-qassam yg di maksudkan oleh rasullulah saw pada kebangkitan islam pada akhir zaman?? Dalam sabda nya: “Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali) seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan seksama. Maka apabila kamu ingin melihatnya, maka wajiblah kamu bersama dengan Putera Bani Tamim, sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (HR. At Thabrani)Dari Tsauban ra. katanya Rasulullah saw. bersabda, “Panji-panji Hitam akan datang dari arah timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Siapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” 

(HR. Ibnu Majah, Al Hakim, Ahmad, Al Hafiz Abu Nuaim) 

 SUBHANNALLAH!!! ALLAHUAKBAR!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...