CARA SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN:
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)
Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa
kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir
dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di
dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian
lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga
sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya
sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama
seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan
dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan
kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan
rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan
tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan
berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat
solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat
Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika
kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang
lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan
sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya
dengan sebarang ibadah yang lain.
**sumber : http://inaachik.blogspot.com/2014/06/cara-solat-terawih-sendirian.html?showComment=1404004322670
No comments:
Post a Comment