Hadis Rasulullah S.A.W Berkaitan Tanda Akhir Zaman- Panji Hitam Ufuk Timur
Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih
belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh
ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan
memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan kalah kerana
mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini
juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat
Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya
ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah.
Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam
Dari Timur.
1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang
setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan
itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.
3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim
bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi
(tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.
4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh
sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan
pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali
Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula
pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di
al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa
berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)
5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan,
bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin
yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan
oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini
yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.
6. Sabda Nabi SAW:
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.
7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.
Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang
mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan
berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh
Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke
Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu
bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu
muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan,
wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab,
Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel,
seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya
bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia
akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari
Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.
9. Sabda Nabi SAW:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup
menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh
orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari
kiamat).
10. Sabda Nabi SAW:
Dari Ibnu Masud RA,
katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang
sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka,
maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda
berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan
sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah
Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan
menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang
suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji
Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka
pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka
minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya
kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini
dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan
sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu,
walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah
al-Mahdi. (Ibnu Majah)
11. Sabda Nabi SAW:
Daripada
al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum
keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur.
Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang
menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi
seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya
memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin
Hammad)
12. Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji
Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.
Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan
berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz
Abu Naim)
13. Sabda Nabi SAW:
Akan keluar seorang
lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di
hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan
memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy
yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau
baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud,
an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)
14. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas
kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh
manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya.
Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang
berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah
sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam
mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur.
Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan
Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya
3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.
15. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid. (Iman Muslim)
16. Sabda Nabi SAW:
Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri
berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak
seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi
khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka
membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu
pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh
sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya
ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya,
hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji
kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)
17. Sabda Nabi SAW:
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka
mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu
Majah)
18. Sabda Nabi SAW:
Apabila keluar Panji-panji
Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat
menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)
Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204278872316241&set=a.1261320137395.2039432.1361444862&type=1&theater
No comments:
Post a Comment