Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Saturday, 26 July 2014

TIDAK DITERIMA PUASA ORANG YANG MENINGGALKAN SHALAT

Saya berpuasa Ramadan akan tetapi saya tidak shalat. Apakah puasa saya sah?

Alhamdulillah...

Puasa Ramadan tidak diterima, bahkan seluruh ibadah lainnya juga tidak diterima jika seseorang meninggalkan shalat. Karena meninggalkan shalat termasuk kafir. Berdasarkan sabda Nabi sallallahu’alaihi wa sallam:

إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاةِ (رواه مسلم،  رقم 82)
"Sesungguhnya antara seseorang dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan shalat." (HR. Muslim, no. 82. Silakan merujuk soal no. 5208)

Sedangkan orang kafir, seluruh amal perbuatannya  tidak diterima. Berdasarkan firman Allah Ta’ala:
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا (سورة الفرقان:
23)

"Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (QS. Al-Furqan: 23)

Dan firman Subhanahu:
لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ (سورة الزمر: 65)

"Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (QS. Az-Zumar: 65)

Diriwayatkan oleh Bukhari sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ تَرَكَ صَلاةَ الْعَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ (رواه البخاري، رقم 553)

"Barangsiapa yang meninggalkan shalat asar, maka amalannya akan terhapus." (HR. Bukhari, no 553)

Makna ‘Terhapus amalannya’ yakni batal dan tidak bermanfaat baginya. Hadits ini menunjukkan bahwa orang yang meninggalkan shalat, Allah tidak menerima amalan darinya. Maka orang yang meninggalkan shalat tidak bermanfaat sedikitpun amalannya. Tidak akan dinaikkan amalannya kepada Allah.

Ibnu Qoyyim rahimahullah berkata terkait makna hadits ini, "Yang tampak dari hadits ini, bahwa meninggalkan ada dua macam; Meninggalkan semuanya, tidak pernah melakukan sama sekali, maka ini akan menghilangkan semua amalannya. Meninggalkan sebagian pada hari tertentu, maka ini menghilangkan amalan pada hari itu. Gugurnya amal secara umum seimbang dengan meninggalkan secara umum, dan gugurnya sebagian seimbang dengan meninggalkan secara tertentu." (As-Shalat, hal. 65)

Maka nasehat untuk penanya, hendaknya bertaubat kepada Allah Ta’ala. Menyesal atas kelalaiannya pada hak Allah. yang menjadikan dia mendapat murka dan hukuman Allah Ta’ala. Dan Allah akan menerima taubat orang yang bertaubat dari hamba-hamba-Nya. Mengampuni dosa-dosanya. Bahkan Allah Subhanahu sangat bergembira sekali. Nabi sallallahu’alaihi wa sallam telah memberikan kabar gembira orang yang bertaubat dengan sabdanya:

التَّائِبُ مِنْ الذَّنْبِ كَمَنْ لا ذَنْبَ لَهُ (رواه ابن ماجه،رقم 4250 ، وحسنه الألباني في صحيح ابن ماجه
3424)

"Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan dia tidak punya dosa."  (HR. Ibnu Majah, 4250. Dihasankan Al-Albany di shoheh Ibnu Majah, 3424)

Maka bersegeralah mandi dan shalat, agar terkumpul kebersihan penampilan dan apa yang ada dalam hati. Jangan menunda taubat dengan mengatakan saya akan bertaubat atau besok atau setelah besok. Karena seseorang tidak tahu kapan kematian akan datang. Maka bertaubatlah sebelum tidak bermanfaat penyesalan.

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلا . يَا وَيْلَتِى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلانًا خَلِيلا .  لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنْ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلإِنسَانِ خَذُولا (سورة الفرقان: 27-29)

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul." Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia." (QS. Al-Furqan: 27-29).

Sumber : http://islamqa.info/id/37820

Tuesday, 22 July 2014

Menjejak Lailatul Qadar

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya kami menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (Surah Al Qadr: 1-3)

Adalah Rasulullah SAW mencari-cari malam Lailatul Qadar dan menyuruh para sahabatnya mencari-cari malam tersebut.
Baginda mengejutkan keluarganya supaya bersama-sama beribadat pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan dengan harapan supaya dapat memperolehi malam Lailatul Qadar yang penuh dengan keberkatan dan banyak keistimewaannya itu.

Aisyah Rh.a mengatakan, Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya." (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Ubai Bin Kaab, "Rasulullah (selawat dan salam) mengkhabarkan kepada kami : sesungguhnya malam lailatul qadar itu ialah satu malam yang paginya matahari terbit dengan tidak bersinar (teduh dan putih cerah)." - (Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi).Dari Ubai Bin Kaab, "Rasulullah (selawat dan salam) mengkhabarkan kepada kami : sesungguhnya malam lailatul qadar itu ialah satu malam yang paginya matahari terbit dengan tidak bersinar (teduh dan putih cerah)." - (Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi).

Menurut Imam Syafie r.m, malam Lailatul Qadar itu adalah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan, tetapi pada malam-malam yang ganjil bilangannya ada lebih harapannya. Lebih-lebih diharapkan ialah pada malam yang kedua puluh tujuh, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab r.a:

"Demi Allah, sesungguhnya aku tahu di malam bilakah Lailatul Qadar itu. Ianya adalah pada malam di mana kami telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW melakukan qiamullail, iaitu pada malam yang kedua puluh tujuh."

Berkata Imam Al Ghazali r.m. dan lain-lain ulama: Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh Ramadhan yang akhir. Untuk mengetahuinya, boleh diagak berdasarkan hari apa yang menjadi permulaan puasa.

  • Jika 1 Ramadhan  jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka Lailatul Qadar berlaku pada malam dua puluh sembilan.
  • Jika 1 Ramadhan  jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar berlaku pada malam dua puluh satu.
  • Jika 1 Ramadhan  jatuh pada hari Selasa atau hari Jumaat, maka Lailatul Qadar berlaku pada malam dua puluh tujuh.
  • Jika 1 Ramadhan  jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar berlaku pada malam dua puluh lima.
  • Jika 1 Ramadhan  jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar berlaku pada malam dua puluh tiga.

Berkata Syeikh Abu Hasan: "Dari sejak aku baligh tidak pernah aku lepaskan peluang mencari Lailatul Qadar dengan kaedah tersebut."

Kaedah ini hanya panduan, berdasarkan pengalaman orang-orang yang pernah melaluinya. Sebaiknya penuhilah sepanjang Ramadhan dengan ibadah, dan beribadahlah dengan penuh rasa kehambaan.

Orang yang menghayati Lailatul Qadar diampuni dosanya oleh Allah Taala terlebih dahulu dan diberi ganjaran pahala beribadah seperti 1000 bulan.

Sebuah hadis dari Aisyah r.ha menceritakan: "Ya Rasulullah, jika aku bertemu malam Lailatul Qadar, apakah yang patut aku katakan?
Jawab baginda:

"Katakanlah:
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaaafan, maka maafkanlah segala kesalahanku."

محمد فضلي بن يوسف
03 September 2010

Silakan share
(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=464410441718)

Monday, 30 June 2014

Seruan Mengerjakan Ibadah Puasa Dalam Al-Quran...

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
        (Al-Baqarah 2:183)



A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
        (Al-Baqarah 2:184)



A185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
        (Al-Baqarah 2:185)



A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
        (Al-Baqarah 2:186)


A187
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
        (Al-Baqarah 2:187)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...