Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid
di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan
yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan
usahanya. Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke bazar Ramadan
seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang
diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah
di Ranau, Sabah. Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak
yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi
suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu
ketika dulu.
Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang
tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk
mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat
berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi
dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz
ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu
Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.
Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09
( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )
Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”
Sumber : http://www.wanista.com/gambar-nazrey-johari-anggota-raihan-kini-menyanyi-nasyid-di-pasar-ramadan/
No comments:
Post a Comment