Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.
Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak
kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu
terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.
Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid
Zainuddin, memaklumkan bahawa Israel telah mengalami banyak kerugian
dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang
dialami oleh mereka terdiri daripada pelbagai sudut.
“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan
udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri
penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.
“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF)
dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,”
katanya.
Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah
seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah
seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan
sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362
orang.
Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber
al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang
terkorban syahid.
Sementara majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.
Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan
sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan
menggunakan apa jua cara agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.
Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia bangkit bantu Palestin, masanya sudah tiba untuk menyaksikan kejatuhan rejim Zionis lapor Sinar Harian
No comments:
Post a Comment