Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Friday 18 July 2014

Nahas MH17: Seorang Penumpang Kakitangan UMS

ng shi ingJUMAAT, 18 JULAI - Seorang penumpang yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH17 merupakan kakitangan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perkara itu disahkan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Katanya, kakitangan tersebut ialah Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan dalam jurusan Teaching English as a Second Language (TESL).

Ng Shi Ing, 33, dalam perjalanan kembali ke Malaysia setelah membentang kertas kerja pada Persidangan Antwerp CALL 2014, the XVIth International CALL Research Conference di University of Antwerp, Belgium.

Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam tragedi kapal nahas berkenaan.

Berasal dari Muar, Johor, pensyarah yang memulakan tugas di UMS sejak September 2011 itu merupakan anak kedua daripada enam adik beradik kepada pasangan Ng Pae Soon, 67 dan Tan Ah Chin, 62. Suaminya, Lt. Komander Lee Vee Weng, 35, merupakan seorang Pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di pangkalan TLDM Sepanggar.

Berpewatakan ceria dan peramah, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Teaching English as a Second Language), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkelulusan Sarjana Pendidikan  (Teaching English to Speakers of Other Languages) dari Edinburgh University, Scotland.

Rakan-rakannya menyifatkan beliau sebagi seorang pensyarah yang rajin dan amat berdedikasi terhadap tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Beliau aktif menghadiri seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai pembentang kertas kerja seperti di Providence University, Taichung, Taiwan dan Beijing Foreign Studies University, China. -SS
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Sumber : http://www.ums.edu.my/v5/index.php/ms/berita/1323-nahas-mh17-seorang-penumpang-kakitangan-ums.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...