Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Friday 8 August 2014

Algeria berjaya menyalurkan bantuan kepada Gaza.


Mereka memberi amaran kepada Mesir supaya membuka sempadan jika tidak mahu harga gas dinaikkan sebanyak 11%. Mereka juga mengingatkan Mesir supaya berjaga-jaga dengan kumpan mafia Algeria (Mafia Algeria terkenal di peringkat dunia dan ditakuti ramai). Akhirnya Algeria berjaya dibenarkan menyalurkan bantuan bernilai £25 juta British Pound terdiri dari ubatan, makanan, doktor-doktor dan bekalan air.

*Mesir menerima tekanan pelbagai pihak kerana pendirian-pendirian mereka dilihat menyebelahi Israel berbanding Gaza.
_________
Algeria did it in style.
They forced Egypt to open its borders by threatening to increase gas price up to 11% and warned them about Algerian Mafia (Algerian mafia known as a world class mafia organization world wide). They then successfully brought aids worth £25m including medicines, foods, teams of doctors and water into Gaza.
*Egypt has been pressured incessantly from many sides over its stances which seemed bias towards Israel rather than Gaza.

Wednesday 6 August 2014

Mujahidin Al-Qassam terperangkap dalam terowong berminggu-minggu, akhirnya berjaya keluar dengan selamat.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.


Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam. Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari.

Lubang keluar dari terowong itu telah musnah dan tertutup apabila sebuah pesawat F-16 membedilnya dengan peluru berpandu. Ini menjadikan mereka terperangkap dalam terowong dengan kedalaman 25 meter dari atas tanah.



Seorang komander berkata : "Setelah tempoh gencatan senjata bermula, pasukan bomba dan penyelamat berusaha menggali semula terowong yang telah terkambus itu, lalu kami terkejut apabila 23 orang mujahidin berjaya keluar dengan kesihatan yang cukup baik."

Salah seorang mujahidin yang berjaya keluar dengan selamat itu berkata : "Kami menjumpai sebuah air mata air dengan izin Allah dan kami meletakkan helaian baju kami agar air itu bertakung di dalam baju tersebut. Kami ada beberapa biji tamar lalu kami membahagi-bahagikannya antara kami. Setiap seorang dari kami mendapat separuh dari sebiji tamar, dan separuh gelas air yang kecil setiap hari."

Sebagai makluman, punca air di kawasan itu berada pada 90 meter dalamnya dari atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat para mujahidin itu terperangkap.

Mujahidin itu menambah lagi : "Ini adalah satu anugerah yang diberi Allah kepada kami, dan jika seluruh dunia tidak bersama kami dan para mujahidin kami, Allah ada untuk bersama kami."
Jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan.

‪#‎OperasiBadar‬
‪#‎GazaUnderAttack‬
‪#‎ICC4Israel‬

Sumber : QNN [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

Tuesday 5 August 2014

Boikot Kfc?? - Wajib Baca...

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.




Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.




Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.


Sumber : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=41886YM

Gaza: Zionis Israel berundur sebab 497 IDF dah nak berkubur...

Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.

Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.

Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada pelbagai sudut.

“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,” katanya.

Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.

Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid.

Sementara majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.

Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.

Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia bangkit bantu Palestin, masanya sudah tiba untuk menyaksikan kejatuhan rejim Zionis lapor Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...